DESIGN LOGO & T-SHIRT
Saudara Shafran telah berbesar hati menyiapkan design untuk
T-Shirt Rasmi , serta
Logo Rasmi untuk batch kita (bagi kegunaan rasmi, e.g. letterhead, logo pada t-shirt, car sticker etc.). Logo yang direka ada
3 versi, jadi diminta kerjasama dan perhatian semua untuk
memilih logo yang dirasakan paling sesuai (
KLIK pada gambar untuk SAIZ BESAR).
Sila undi di ruangan
poll di sebelah, mengikut
nombor logo (seperti di atas),
SEBELUM 19 FEBRUARI 2010 (Jumaat).
Selain itu, komen untuk memantapkan lagi design logo dan t-shirt juga amat diperlukan -
sila tinggalkan komen di bawah entry ini.
INFO TERKINIKomiti telah bertemu pada 6 FEBRUARI lalu, di OLDTOWN berdekatan Stesen LRT UNIVERSITI. Berikut adalah butiran yang telah dibentang dan dibincangkan:
TARIKH 9 & 10 APRIL 2010
HARI Jumaat & Sabtu (2 hari 1 malam)
LOKASI Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
BAYARAN RM100 seorang (tambahan RM50 untuk pasangan)
PESERTA Pelajar Tingkatan 1 & 21. Tarikh akhir yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah adalah
9 dan 10 April 2010, setelah mengambil kira jarak masa serta takwim sekolah.
2. Program akan berjalan selama
2 hari 1 malam. Semua peserta BATCH SPM 2001 akan
menginap di asrama SMSSMJ sepanjang tempoh tersebut.
3. Program ini akan diadakan bersama
Pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja, memandangkan pihak sekolah tidak mahu mengganggu fokus calon-calon PMR dan SPM.
4. Bayaran adalah sebanyak
RM100, termasuk
yuran makan dan
cenderahati, serta
tabung alumni SPM 2001.
5. Bagi yang telah berkahwin,
dibenarkan membawa pasangan masing-masing ketika Majlis Makan Malam pada Jumaat malam, 9 April 2010 jam 9 malam (
bayaran tambahan RM50 akan dikenakan).
6. Kod
pakaian semasa Aktiviti adalah
kemas dan sopan, manakala pakaian untuk Majlis Makan Malam adalah '
smart casual'.
7. Untuk sesi
pendaftaran (ketika mula-mula hadir ke sekolah pada Jumaat, 8-10 pagi), dicadangkan supaya semua memakai
UNIFORM SEKOLAH PENUH (Bertali leher rasmi SMSSMJ bagi lelaki).
Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan; sila tinggalkan komen anda.Satu aplikasi untuk mengisi
saiz t-shirt serta
mengemas kini maklumat peribadi akan diletakkan dalam blog ini dalam masa terdekat - kerjasama dan perhatian anda adalah dipohon untuk mengisi aplikasi tersebut nanti.
Sila sebarkan lagi kepada semua berkenaan
blog ini. Perbincangan masih berjalan melalui lisan, SMS, e-mail dan Facebook; tetapi semua
details terperinci akan dipaparkan
di blog ini untuk kemudahan semua.