Wednesday, March 17, 2010

SAIZ & UKURAN T-SHIRT

Ni ukuran T-Shirt kita, untuk saiz XS. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.


Untuk saiz-saiz lain, sila rujuk jadual di bawah. Kita ada paling kecik XS, dan paling besar XXXXXL (5XL).


Thanks Osh, for the measurement.
Sesiapa yang kurang faham tentang apa-apa, sila tinggalkan komen. AJK akan cuba explain sebaik mungkin. Insya-Allah.

Monday, March 1, 2010

ATURCARA

JUMAAT, 9 APRIL 2010
0800 - 1000 Pendaftaran (Alumni)
1030 Taklimat Perjalanan Program
1130 - 1430 Makan Tengahari & Solat Jumaat
1430 - 1530 Motivasi 1 (beramai-ramai)
1530 - 1630 Motivasi 2 (berkumpulan)
1630 - 1700 Minum Petang, Rehat & Solat Asar
1715 - 1845 Sukan Persahabatan
1900 Rehat & Makan Malam (pelajar)
1930 - 2030 Solat Maghrib, Tahli, Solat Isya’
2100 - 2300 Makan Malam (Alumni & guru)
2330 Lights Off
SABTU, 10 APRIL 2010
0600 Solat Subuh & Kuliah Subuh
0700 Sarapan Pagi
0800 - 1200 Aktiviti Riadah (berkumpulan)
1230 Makan Tengahari
1300 Solat Zohor
1400 Majlis Penutup
1430 Bersurai

Aktiviti Riadah untuk pagi Sabtu belum confirm - mintak tolong SEMUA untuk bagi idea ye (tinggalkan komen, dan isi poll).

Tarikh akhir untuk bayar yuran RM100 adalah SEBELUM ATAU PADA 15 MAC 2010. (Bank in pada Nur Ainina Akmal; CIMB 02031323015527, MAYBANK 102055252222). Yuran tu akan cover :

- Makan 6 kali
- Cenderamata - t-shirt, car sticker, folder / kulit buku, buku program
- Dinner
- Pengurusan - alat tulis, percetakan dll.
- Tabung alumni SMSSMJ 9701

Semua yang dah confirm nak pergi, akan dihubungi minggu ini. Yang belum tu, cepat-cepatlah ye. ;)

Monday, February 8, 2010

DESIGN & INFO TERKINI

DESIGN LOGO & T-SHIRT



Saudara Shafran telah berbesar hati menyiapkan design untuk T-Shirt Rasmi , serta Logo Rasmi untuk batch kita (bagi kegunaan rasmi, e.g. letterhead, logo pada t-shirt, car sticker etc.). Logo yang direka ada 3 versi, jadi diminta kerjasama dan perhatian semua untuk memilih logo yang dirasakan paling sesuai (KLIK pada gambar untuk SAIZ BESAR).

Sila undi di ruangan poll di sebelah, mengikut nombor logo (seperti di atas), SEBELUM 19 FEBRUARI 2010 (Jumaat).

Selain itu, komen untuk memantapkan lagi design logo dan t-shirt juga amat diperlukan - sila tinggalkan komen di bawah entry ini.

INFO TERKINI

Komiti telah bertemu pada 6 FEBRUARI lalu, di OLDTOWN berdekatan Stesen LRT UNIVERSITI. Berikut adalah butiran yang telah dibentang dan dibincangkan:

TARIKH
9 & 10 APRIL 2010
HARI Jumaat & Sabtu (2 hari 1 malam)
LOKASI Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
BAYARAN RM100 seorang (tambahan RM50 untuk pasangan)
PESERTA Pelajar Tingkatan 1 & 2


1. Tarikh akhir yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah adalah 9 dan 10 April 2010, setelah mengambil kira jarak masa serta takwim sekolah.

2. Program akan berjalan selama 2 hari 1 malam. Semua peserta BATCH SPM 2001 akan menginap di asrama SMSSMJ sepanjang tempoh tersebut.

3. Program ini akan diadakan bersama Pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja, memandangkan pihak sekolah tidak mahu mengganggu fokus calon-calon PMR dan SPM.

4. Bayaran adalah sebanyak RM100, termasuk yuran makan dan cenderahati, serta tabung alumni SPM 2001.

5. Bagi yang telah berkahwin, dibenarkan membawa pasangan masing-masing ketika Majlis Makan Malam pada Jumaat malam, 9 April 2010 jam 9 malam (bayaran tambahan RM50 akan dikenakan).

6. Kod pakaian semasa Aktiviti adalah kemas dan sopan, manakala pakaian untuk Majlis Makan Malam adalah 'smart casual'.

7. Untuk sesi pendaftaran (ketika mula-mula hadir ke sekolah pada Jumaat, 8-10 pagi), dicadangkan supaya semua memakai UNIFORM SEKOLAH PENUH (Bertali leher rasmi SMSSMJ bagi lelaki). Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan; sila tinggalkan komen anda.

Satu aplikasi untuk mengisi saiz t-shirt serta mengemas kini maklumat peribadi akan diletakkan dalam blog ini dalam masa terdekat - kerjasama dan perhatian anda adalah dipohon untuk mengisi aplikasi tersebut nanti.

Sila sebarkan lagi kepada semua berkenaan blog ini. Perbincangan masih berjalan melalui lisan, SMS, e-mail dan Facebook; tetapi semua details terperinci akan dipaparkan di blog ini untuk kemudahan semua.

Tuesday, January 26, 2010

Sebab Musabab

Sehingga entry ini ditulis (0138hrs Rabu 27 Januari), kita dah ada 6 orang yang memilih untuk TIDAK MENYERTAI reunion kita ni nanti, manakala seramai 11 orang pula meminta untuk diadakan pada tarikh lain, selain MAC dan APRIL.

Buat makluman semua, tarikh Mac telah terkeluar secara rasminya daripada senarai tarikh pilihan, memandangkan para pelajar masih dalam cuti sekolah. Mengambil kira faktor tersebut, kertas cadangan yang bakal diunjurkan kepada pihak sekolah juga meletakkan April sebagai tarikh cadangan; di mana tarikh yang lebih spesifik (berapa haribulan) telah kami minta untuk pihak sekolah cadangkan.

Berbalik kepada topik utama - iaitu TIDAK, dan TARIKH LAIN. Diminta kerjasama SEMUA yang memilih kedua-dua pilihan itu untuk meninggalkan komen di bawah entry ini; bagi membolehkan kita mengetahui masalah yang menghalang penyertaan anda dan hal-hal berbangkit, serta cadangan tarikh yang mungkin adalah lebih sesuai.

Setakat ni - semua berjalan lancar. Rasanya lah...

p/s : Wakil kelas - cuba tanya ahli kelas, April ok atau tak? Tandakan sekali ya - macam yang dinyatakan dalam e-mail oleh Tuan Haji Bachok. Bagi yang ada kesulitan menjejak ahli kelas, cuba tanya-tanya pada Bachok (dia ada banyak contact details) atau AJK lain, kot-kot kami tau (walaupun berlainan kelas).

Wednesday, January 20, 2010

SEBARKAN

Semua dah maklum, di FACEBOOK kita dah pun ada Group (SMSSMJ 97-01), jadi kebarangkalian untuk ramai terkeliru tu adalah amat tinggi. TA-PI, sebenarnya tujuan utama blog ni diwujudkan adalah untuk membenarkan rakan-rakan lain (yang tak ada Facebook, terutamanya) turut serta mengambil tahu akan info terkini batch kita - dimulakan dengan projek Reunion 2010 ni.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang belum. Ada dua snapshot blog ni dah di'upload' di Facebook, dengan semua nama budak skolah kita (maaf kalau ada yang tercicir - tolong tagkan) turut ditag; antara cara paling mudah untuk hebahkan tentang blog ni.

Walau bagaimanapun, tak dinafikan kuasa mulut tu lebih hebat. Jadi, mintak tolong sahabat-sahabat semua sebar-sebarkan dan hebah-hebahkan pada siapa saja warga SPM 2001 ni untuk lawati dan turut serta dalam semua perbincangan dan poll. Percayalah, penglibatan anda walau sekecil manapun tetap adalah sumbangan yang amat besar bagi kita semua.

Setakat ni, kami masih menantikan jawapan awal daripada semua anda, untuk membolehkan langkah-langkah pertama REUNION 2010 kita diteruskan. So, kerjasama anda memang amat amat kami hargai.

Group di FACEBOOK - teruskan berdiskusi. Rujuk blog ni untuk details dan poll.
Sekian.

Sunday, January 17, 2010

REUNION 2010 : Intro

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Atas permintaan ramai, satu lagi reunion (yang ketiga sejak 2004 dan 2007) akan berlangsung dalam masa dua hingga tiga bulan dari sekarang. Berikut adalah butiran ringkas, yang masih belum muktamad:

Tarikh Antara pertengahan Mac hingga awal April 2010
Hari Jumaat dan Sabtu (2 hari 1 malam / 2 hari 2 malam)
Lokasi SMSSMJ
Aktiviti Reunion, Motivasi (untuk pelajar PMR & SPM), Sukan, Makan Malam Rasmi (bersama guru / bekas guru)

Buat masa ini, usaha menyiap dan menghantar kertas kerja sedang dijalankan.
Segala perincian sebenar tentang masa, tarikh, lokasi, aktiviti, belanjawan serta butiran lain hanya akan mula diumum dan dihebahkan sebaik saja mendapat kelulusan dan pengesahan daripada pihak sekolah.

Sukacita diingatkan, program ini hanya akan dapat mencapai matlamat sekiranya semua (atau mengikut sasaran minimum : 60%) warga JIWA '01 dapat dikumpul.

Semoga mendapat kerjasama dan restu semua.

Wassalam.

p/s : Sila isi poll di sebelah kanan laman ini. Terima kasih.