Tuesday, January 26, 2010

Sebab Musabab

Sehingga entry ini ditulis (0138hrs Rabu 27 Januari), kita dah ada 6 orang yang memilih untuk TIDAK MENYERTAI reunion kita ni nanti, manakala seramai 11 orang pula meminta untuk diadakan pada tarikh lain, selain MAC dan APRIL.

Buat makluman semua, tarikh Mac telah terkeluar secara rasminya daripada senarai tarikh pilihan, memandangkan para pelajar masih dalam cuti sekolah. Mengambil kira faktor tersebut, kertas cadangan yang bakal diunjurkan kepada pihak sekolah juga meletakkan April sebagai tarikh cadangan; di mana tarikh yang lebih spesifik (berapa haribulan) telah kami minta untuk pihak sekolah cadangkan.

Berbalik kepada topik utama - iaitu TIDAK, dan TARIKH LAIN. Diminta kerjasama SEMUA yang memilih kedua-dua pilihan itu untuk meninggalkan komen di bawah entry ini; bagi membolehkan kita mengetahui masalah yang menghalang penyertaan anda dan hal-hal berbangkit, serta cadangan tarikh yang mungkin adalah lebih sesuai.

Setakat ni - semua berjalan lancar. Rasanya lah...

p/s : Wakil kelas - cuba tanya ahli kelas, April ok atau tak? Tandakan sekali ya - macam yang dinyatakan dalam e-mail oleh Tuan Haji Bachok. Bagi yang ada kesulitan menjejak ahli kelas, cuba tanya-tanya pada Bachok (dia ada banyak contact details) atau AJK lain, kot-kot kami tau (walaupun berlainan kelas).

Wednesday, January 20, 2010

SEBARKAN

Semua dah maklum, di FACEBOOK kita dah pun ada Group (SMSSMJ 97-01), jadi kebarangkalian untuk ramai terkeliru tu adalah amat tinggi. TA-PI, sebenarnya tujuan utama blog ni diwujudkan adalah untuk membenarkan rakan-rakan lain (yang tak ada Facebook, terutamanya) turut serta mengambil tahu akan info terkini batch kita - dimulakan dengan projek Reunion 2010 ni.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang belum. Ada dua snapshot blog ni dah di'upload' di Facebook, dengan semua nama budak skolah kita (maaf kalau ada yang tercicir - tolong tagkan) turut ditag; antara cara paling mudah untuk hebahkan tentang blog ni.

Walau bagaimanapun, tak dinafikan kuasa mulut tu lebih hebat. Jadi, mintak tolong sahabat-sahabat semua sebar-sebarkan dan hebah-hebahkan pada siapa saja warga SPM 2001 ni untuk lawati dan turut serta dalam semua perbincangan dan poll. Percayalah, penglibatan anda walau sekecil manapun tetap adalah sumbangan yang amat besar bagi kita semua.

Setakat ni, kami masih menantikan jawapan awal daripada semua anda, untuk membolehkan langkah-langkah pertama REUNION 2010 kita diteruskan. So, kerjasama anda memang amat amat kami hargai.

Group di FACEBOOK - teruskan berdiskusi. Rujuk blog ni untuk details dan poll.
Sekian.

Sunday, January 17, 2010

REUNION 2010 : Intro

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Atas permintaan ramai, satu lagi reunion (yang ketiga sejak 2004 dan 2007) akan berlangsung dalam masa dua hingga tiga bulan dari sekarang. Berikut adalah butiran ringkas, yang masih belum muktamad:

Tarikh Antara pertengahan Mac hingga awal April 2010
Hari Jumaat dan Sabtu (2 hari 1 malam / 2 hari 2 malam)
Lokasi SMSSMJ
Aktiviti Reunion, Motivasi (untuk pelajar PMR & SPM), Sukan, Makan Malam Rasmi (bersama guru / bekas guru)

Buat masa ini, usaha menyiap dan menghantar kertas kerja sedang dijalankan.
Segala perincian sebenar tentang masa, tarikh, lokasi, aktiviti, belanjawan serta butiran lain hanya akan mula diumum dan dihebahkan sebaik saja mendapat kelulusan dan pengesahan daripada pihak sekolah.

Sukacita diingatkan, program ini hanya akan dapat mencapai matlamat sekiranya semua (atau mengikut sasaran minimum : 60%) warga JIWA '01 dapat dikumpul.

Semoga mendapat kerjasama dan restu semua.

Wassalam.

p/s : Sila isi poll di sebelah kanan laman ini. Terima kasih.