Monday, February 8, 2010

DESIGN & INFO TERKINI

DESIGN LOGO & T-SHIRT



Saudara Shafran telah berbesar hati menyiapkan design untuk T-Shirt Rasmi , serta Logo Rasmi untuk batch kita (bagi kegunaan rasmi, e.g. letterhead, logo pada t-shirt, car sticker etc.). Logo yang direka ada 3 versi, jadi diminta kerjasama dan perhatian semua untuk memilih logo yang dirasakan paling sesuai (KLIK pada gambar untuk SAIZ BESAR).

Sila undi di ruangan poll di sebelah, mengikut nombor logo (seperti di atas), SEBELUM 19 FEBRUARI 2010 (Jumaat).

Selain itu, komen untuk memantapkan lagi design logo dan t-shirt juga amat diperlukan - sila tinggalkan komen di bawah entry ini.

INFO TERKINI

Komiti telah bertemu pada 6 FEBRUARI lalu, di OLDTOWN berdekatan Stesen LRT UNIVERSITI. Berikut adalah butiran yang telah dibentang dan dibincangkan:

TARIKH
9 & 10 APRIL 2010
HARI Jumaat & Sabtu (2 hari 1 malam)
LOKASI Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
BAYARAN RM100 seorang (tambahan RM50 untuk pasangan)
PESERTA Pelajar Tingkatan 1 & 2


1. Tarikh akhir yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah adalah 9 dan 10 April 2010, setelah mengambil kira jarak masa serta takwim sekolah.

2. Program akan berjalan selama 2 hari 1 malam. Semua peserta BATCH SPM 2001 akan menginap di asrama SMSSMJ sepanjang tempoh tersebut.

3. Program ini akan diadakan bersama Pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja, memandangkan pihak sekolah tidak mahu mengganggu fokus calon-calon PMR dan SPM.

4. Bayaran adalah sebanyak RM100, termasuk yuran makan dan cenderahati, serta tabung alumni SPM 2001.

5. Bagi yang telah berkahwin, dibenarkan membawa pasangan masing-masing ketika Majlis Makan Malam pada Jumaat malam, 9 April 2010 jam 9 malam (bayaran tambahan RM50 akan dikenakan).

6. Kod pakaian semasa Aktiviti adalah kemas dan sopan, manakala pakaian untuk Majlis Makan Malam adalah 'smart casual'.

7. Untuk sesi pendaftaran (ketika mula-mula hadir ke sekolah pada Jumaat, 8-10 pagi), dicadangkan supaya semua memakai UNIFORM SEKOLAH PENUH (Bertali leher rasmi SMSSMJ bagi lelaki). Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan; sila tinggalkan komen anda.

Satu aplikasi untuk mengisi saiz t-shirt serta mengemas kini maklumat peribadi akan diletakkan dalam blog ini dalam masa terdekat - kerjasama dan perhatian anda adalah dipohon untuk mengisi aplikasi tersebut nanti.

Sila sebarkan lagi kepada semua berkenaan blog ini. Perbincangan masih berjalan melalui lisan, SMS, e-mail dan Facebook; tetapi semua details terperinci akan dipaparkan di blog ini untuk kemudahan semua.