Wednesday, January 20, 2010

SEBARKAN

Semua dah maklum, di FACEBOOK kita dah pun ada Group (SMSSMJ 97-01), jadi kebarangkalian untuk ramai terkeliru tu adalah amat tinggi. TA-PI, sebenarnya tujuan utama blog ni diwujudkan adalah untuk membenarkan rakan-rakan lain (yang tak ada Facebook, terutamanya) turut serta mengambil tahu akan info terkini batch kita - dimulakan dengan projek Reunion 2010 ni.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang belum. Ada dua snapshot blog ni dah di'upload' di Facebook, dengan semua nama budak skolah kita (maaf kalau ada yang tercicir - tolong tagkan) turut ditag; antara cara paling mudah untuk hebahkan tentang blog ni.

Walau bagaimanapun, tak dinafikan kuasa mulut tu lebih hebat. Jadi, mintak tolong sahabat-sahabat semua sebar-sebarkan dan hebah-hebahkan pada siapa saja warga SPM 2001 ni untuk lawati dan turut serta dalam semua perbincangan dan poll. Percayalah, penglibatan anda walau sekecil manapun tetap adalah sumbangan yang amat besar bagi kita semua.

Setakat ni, kami masih menantikan jawapan awal daripada semua anda, untuk membolehkan langkah-langkah pertama REUNION 2010 kita diteruskan. So, kerjasama anda memang amat amat kami hargai.

Group di FACEBOOK - teruskan berdiskusi. Rujuk blog ni untuk details dan poll.
Sekian.

5 comments:

Jojoe said...

Err.. poll tu ada dua la, kengkawan.. huhuu...

Suhail Azmi said...

aku saja2 nak komen sbb hamzi cakap takleh komen.. :P

MoHd KhAiruL HaMzi B. MhD JaMin said...

ermm...dah boleh pon!!thanks..hahaha

Admin said...

Kepada yg klik "TIDAK" atau "TARIKH LAIN" tu, boleh tak tinggalkan komen kat sini, dgn nama skali. Kita nak tau jugak, apa sebab - tak boleh sebab keja or memang tak nak ka, dan tarikh lain apa yang rasanya ok.

TQ.

fusuna said...

admin:
terima kasih kerna prihatin.
memilih 'tidak' kerna masih belajar di luar negara dan maybe akan habis dan balik sekitar ogos ini. so tarikh lain anytime after ogos lah
-huserk-