Monday, February 8, 2010

DESIGN & INFO TERKINI

DESIGN LOGO & T-SHIRT



Saudara Shafran telah berbesar hati menyiapkan design untuk T-Shirt Rasmi , serta Logo Rasmi untuk batch kita (bagi kegunaan rasmi, e.g. letterhead, logo pada t-shirt, car sticker etc.). Logo yang direka ada 3 versi, jadi diminta kerjasama dan perhatian semua untuk memilih logo yang dirasakan paling sesuai (KLIK pada gambar untuk SAIZ BESAR).

Sila undi di ruangan poll di sebelah, mengikut nombor logo (seperti di atas), SEBELUM 19 FEBRUARI 2010 (Jumaat).

Selain itu, komen untuk memantapkan lagi design logo dan t-shirt juga amat diperlukan - sila tinggalkan komen di bawah entry ini.

INFO TERKINI

Komiti telah bertemu pada 6 FEBRUARI lalu, di OLDTOWN berdekatan Stesen LRT UNIVERSITI. Berikut adalah butiran yang telah dibentang dan dibincangkan:

TARIKH
9 & 10 APRIL 2010
HARI Jumaat & Sabtu (2 hari 1 malam)
LOKASI Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
BAYARAN RM100 seorang (tambahan RM50 untuk pasangan)
PESERTA Pelajar Tingkatan 1 & 2


1. Tarikh akhir yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah adalah 9 dan 10 April 2010, setelah mengambil kira jarak masa serta takwim sekolah.

2. Program akan berjalan selama 2 hari 1 malam. Semua peserta BATCH SPM 2001 akan menginap di asrama SMSSMJ sepanjang tempoh tersebut.

3. Program ini akan diadakan bersama Pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja, memandangkan pihak sekolah tidak mahu mengganggu fokus calon-calon PMR dan SPM.

4. Bayaran adalah sebanyak RM100, termasuk yuran makan dan cenderahati, serta tabung alumni SPM 2001.

5. Bagi yang telah berkahwin, dibenarkan membawa pasangan masing-masing ketika Majlis Makan Malam pada Jumaat malam, 9 April 2010 jam 9 malam (bayaran tambahan RM50 akan dikenakan).

6. Kod pakaian semasa Aktiviti adalah kemas dan sopan, manakala pakaian untuk Majlis Makan Malam adalah 'smart casual'.

7. Untuk sesi pendaftaran (ketika mula-mula hadir ke sekolah pada Jumaat, 8-10 pagi), dicadangkan supaya semua memakai UNIFORM SEKOLAH PENUH (Bertali leher rasmi SMSSMJ bagi lelaki). Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan; sila tinggalkan komen anda.

Satu aplikasi untuk mengisi saiz t-shirt serta mengemas kini maklumat peribadi akan diletakkan dalam blog ini dalam masa terdekat - kerjasama dan perhatian anda adalah dipohon untuk mengisi aplikasi tersebut nanti.

Sila sebarkan lagi kepada semua berkenaan blog ini. Perbincangan masih berjalan melalui lisan, SMS, e-mail dan Facebook; tetapi semua details terperinci akan dipaparkan di blog ini untuk kemudahan semua.

30 comments:

sap said...

hurm..apa kata kalau tulisan pada lengan sebelah hijau tu letak kaler putih?

Anonymous said...

dkt logo tu leh x buang huruf S.P??xpon ganti S.P dengan Kedah ka?skali tengok macam baju ragbi pon ada...kahkah.kalo nak beli dua helai leh x?

-hamzy-

Anonymous said...

cadangan pakai bj uniform?biar btui...?pakai tie pon sudah la...baju batik sekolahleh pakai juga kan?hahah

Anonymous said...

leh x bj tshirt tu kita dapat awal?so hari pendaftaran leh pakai....br meriah!!!

Anonymous said...

idea pkai bju sek mcm krg bkesan esp utk mreka2 yg dh 'mbesar' mcm sy =D mg agk sukar nk cr bju pnjam. Sile ptmbangkn semula yea? Peace!

Admin said...

Aiyarkk.. ada typo error?
Maaf Malaysia.. huhuu.

Anonymous said...

lagik satu, utk pasangan tu . klu yg pasangan mmg dedua budak batch kita cth lea-zarip, syurah-paee, utk hgpa dikenakan rm100 jugak aheheheheh.
pasangan yg dimaksudkn yg bkn batch kita atau lain mat jiwa truss. mcm rahimi-elysa haaa pasangan rm50 buleh.

-abang kassim-

pakDEN said...

Arghhhhh!!!macam mana abg kasim boleh ada kat sini jugak???

Idea pakai baju skolah tu sy bangkang 100%. kalau sy pakai baju skolah sy, nanti sy jadi macam HULK. tinggai nak boh kaler hijau ja.

Setuju baju rasmi bagi awal2. boleh pakai masa program/pendaftaran.

Takkan tulih S.P. kot???

sap said...

hurm..aku pikiaq,kalau hampa sanggup bayaq awai,baju bleyh laa dapat awai kot?ajk,how?

s.p/kedah?tolong bagi vote..thanx

Admin said...

Thanx Abg Kasim.
Yup - tambahann RM50 tu untuk pasangan yg bukan batch SPM 2001 SMSSMJ saja. Untuk Le'a-Zarip patut kalau bleh bagi lebih dari 2 x RM100 lagi baguih tu. Hehe.

SP atau KEDAH? Open to all.
Nak letak dlm poll or discuss dlm ni saja - pendapat?

Admin said...

Owh.. yup yup.
Kalau semua setuju, tak mau pakai baju sekolah dan ganti dgn t-shirt tu, haruslah dapat awal untuk boleh pakai kan?

sap said...

dalam ni sudah

sap said...

s.p

kenapa s.p?sebab s.p. pinpoints exact location.arguably it may conjure confusion among non-sainskedahan..s.p also distinct itself from the name of the school,demarcating both the entity of the school and the location while co-existing with each other..kedah will be too strong,only to weaken the name of our school..to separate/distantiate kedah from the school name will,in my opinion,create too many entities within the logo, too many information.

just some insight from the designer

p/s: masih dok cuba2 ganti s.p dgn kedah..akan update semua,insyaAllah

Jojoe Ali said...

Aku rasa aku sokong mr.designer ni. "JIWA SP" sounds like a better branding. Lebih spesifik and unique. The 'Kedah'? Hmm.. biaq dgn "SAINS KEDAH" ja kot.

Unknown said...

aku kurang setuju pakai baju sekolah time register sbb aku dh x ada baju, seluar, tie n baju batik sekolah. apa2 pn aku ikut suara majoriti. kalu kena pakai gk baju sekoah nanti aku pi beli kt osman store. pakai ngan kasut penguin hitam.

Paan ni guna kain baju rugby ka? ok gk tu. nak senang tulis ja SP kedah darul aman. senang cerita....

sap said...

yeah..kain baju rugby,tapi nipis skit atas sebab kos dan keselesaan..

senang ka tulih camtu bachok?hehe

mintak pihak AJK utk vote sama..

thanx

sap said...

menjawab pertanyaan hamzi,

aku rasa baju tu sorang selai ja kot,baru eksklusif..pasangan pon tak dpt,unless budak mat jiwa gak..stiker bleyh laa kot lebih pada satu,kot2 ada orang ada 2 3 keta/moto..

apa pendapat AJK?

Unknown said...

utk pasangan xkan xbleh kot beli tshirt tu? camna design sticker tu paan? saiz besaq mana? saiz cam road tax keta tu ka or besaq lg?

Jojoe Ali said...

Aku masih lagi menyokong JIWA SP.
Nak aku tolong jwb skali ka - senang or tak tu paan? Hehe.

Agak tak mudah gak bachok.. sbb composition akan terganggu, and font mungkin terpaksa dikecikkan kat tulisan logo tu, utk muatkan semua tu.

Anonymous said...

sapa punya idea ni nak pakai baju skolah plak masa pendaftaran?????????????????????ada lg kot sluaq skolah hat dok padan lg kotttttt?????????????????

from,

panjang...

Anonymous said...

cantek t-shirt tu.

Unknown said...

sorry guys..kalo tarikh tu memang aku xdpt join..aku da book flight gi Konvo..balik 11hb april..sedey xdapat join..

iskandar malek

pakDEN said...

Wahahaha..seluar sekolah Panjang memang la dah tak muat dah sebab kaki dia dah jadi makin PANJANG!!!!

(tengah gelak sorang2)

Anonymous said...

hehe,funny la kalo kena pakai bj skool..kalo masih cute ok la..lol..

NiEjOhN

Anonymous said...

Bole list down kan x sape2 yg confirm akan join? skali dgn tentatif?

Suhail Azmi said...

aku tak dak tie sekolah..huhu...

Anonymous said...

aku masih ada tie sekolah dan sampin sekolah..no dobi 740!!!haha..

-hamzy-

Jojoe Ali said...

Aku tak kesah nak pakai tu, leh ja cari awai, pinjam kat junior sat. Seriously...

pujek said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

gila best dapat reunion..harap semua bjalan lancar..sorry la tak dapat join..gambate kudasai..

salam

chor